Followers

Tuesday, May 24, 2016

Lama Menyepi... Hidup ini perlu enjoy .. "Memory of first timer hikng"

Salam kenalan bloggers2 sekalian.. Sekian lama tidak update blog hapak ni.. sudahnya tadi sebelum log in dah lupa guna email apa buat blog nie... ni makan dia sebab lama sangat tak jenguk apatah nak melayankan jari-jemari atas papan kekunci ni, sesungguhnya aku bukan lah suka menghadap laptop sambil menulis, tapi kalau dengar youtube tu sepanjang hari leh buka.. kehkeh

Ok gaiss, tengok tarikh tu, last update tahun 2013 uolls... sekarang sudah 2016.. lama sangat kan? kan? cepuk muka sendiri.. hahahahaha

Tak tau la sebab apa tak rajin sangat update belog ni, mungkin dulu sibuk study (padahal sekarang ni pun masih study sampai ke tua :p ) Hehehe

So nak sembang pasal apa ya??

Ok kita sembang aktiviti yang aku dah memang start menyintai, menyukai, walaupun mental nak mampos nak mengharunginya.. haha Nak tau apa? hehehe sekarang hobi suka sangat nak gi HIKING walaupun asal nak hike tu mesti dalam hati "MENYESAL AKU NAIK".. last-last sampai juga ke puncak!! hahhaa Heaven gila bila dah sampai puncak tu, rasa penat terus hilang bila lihat nikmat kejadian Tuhan Maha Esa.. Allahuakhbar!!

Kisah 1st time hike ni masa tu berkenalan dalam satu group ukhwah.. "Weekenders Club" name dalam fb tu.. so group ni memang aktif tiap-tiap aktiviti yang bermanfaat dan merapatkan ukhwah.. Setiap minggu, memang aktiviti-aktiviti yang di kendalikan memang best, cuma memang selalu tak berkesempatan join sbb kadang2 clash ngan aktiviti sendiri (masa tu study kat ukm). Nasiblah ada satu masa tu, masa free hujung minggu dan kebetulan group ni buat aktiviti outdoor iaitu "Weekender @ Bukit Kutu 2.0" so dalam masa yang aku pun teruja la naki join sebab x pernah langsung lagi ada pengalaman hiking-hiking tapi ( Dulu masa study kat UUM, pernah la jungle tracking kat hutan simpan tu, jalan smapai jumpa pintu pagar 'dilarang masuk' tapi itulah juga tempat yang nak masuk, budak nakal + palapes memang macam tu nak try benda baru, so kami dalm 8-10 orang ceroboh masuk tempat tu, tak semena-mena terhiking smpi atas puncak plus pacat kiri kanan tengok kat atas dari puncak, kami betul-betul berada atas kawasan target lapang sasar "Tunku Intan Syafinaz UUM" tapi masa ni belum di buka lagi sebab baru siap di bina. Kami semua happy dapat panjat smpai atas tuh dan turun ikut denai menghala lapang sasar). So ini pengalaman tanpa sengaja..  Then setakat keluar masuk hutan tu boleh la sebab budak palapes kan pakai baju no.4 bawa M16 buat survival tgh hutan seminggu.. hehehe

Lepas dari itu, takda dah aktiviti sihat ni... so berbalik cerita asal, tanya punya tanya dengan group ni, dapat la join tambahan ada kawan UKM sekali yang nak join (sebelum ni aktif dengan aktiviti outdoor kat UUM) iaitu Nazirah @ iroh.. hehe so bertambahlah semangat kan.. Pi tanya classmate terjoin lah budak clasmate lelaki 2 orang sham dan danial..

Bila semua dah set, kiteorang pun "car pool" la mengikut jadual perjalanan.. Kesubuhan perjalanan, jumpa set point kat masjid pekan Kuala Kubu Bharu.. Bila dah abis subuh semua kiteorang kumpul kat masjid membuat sidikit taaruf dan sesi taklimat. Selesai taklimat ringkas, kami bergerak ke kedai makan berhampiran utk membeli breakfast dan tapau makanan lunch tghari kat atas peak nanti.. Selesai semua, kami bergerak ke lokasi starting point untuk mendaki. Untuk pertama kali hike, aku yang tak ada pengalaman tak prepare semua dari segi fizikal dan mental naik "BUKIT KUTU a.k.a gunung kutu yang ketinggian mencecah 1050m.. aku memang hazab!! hahaha

Kiteorang start hike dalam 9.50 a.m lepas buat sedikit 'Stretching'. Masing2 bawa bekalan minuman mineral, 100plus untuk tenaga dan makanan untuk lunch dan sedikit cokelat2an... Huhu perjalanan aku rasa baru dalam setengah jam, aku sudah semput tambahan nak terkucil pulak la tiba2.. haha mental dah masa tu sampai cakap ngan sweeper "tak apalah sy xjadi naik la, sy nak turun" hahaa bila ingat balik macam nak gelak.. baru setengah jam dah mental tercabut.. pujuk punya pujuk last2 aku pun teruskan juga pendakian... mampus nak habiskan trail. Haha

Lepas dalam 2 jam perjalanan kami berhenti lama kat 'batu tedung' dorang cakap kalo pandang kat atas, bentuk batu tu macam tedung.. aha sekali imbas macam ular tedung.. hehe kiteorang pun bgambar2 la kenangan dan meneruskan perjalanan, trail dah agak sukar sebelum sampai puncak.. dan....................................akhirnya aku dan rakan sampai puncak bukit kutu dalam 1. 40p,m ++(lupa dah masa tu)  Fuhh alhamdulillah berjaya aku sampai puncak yer....

Kami rest lunch bekal yang bawa tadi, lepas tu masing buat hal sendiri.. Pi solat, p panjat batu kat ats tu, terbang kat menara british tu (tempat ni bekas penempatan pertahanan tentera british zaman perang dunia ke2-sila rujuk google :p) Kami pun apalagi abiskan masa tersisa kat atas peak sebelum turun dalam 3,30 ptg..

So, ini adalah pengalaman pertama aku hiking dan ternyata BEST!!! walaupun penat tetapi berbaloi bila sampai peak.. So lepas jadi kejadian ni, aku dah mula aktif hiking dengan bawa budak2 classmate master.. Bukit tabur, broga, gunung datuk,gunung nuang, gunung ledang, gunung angsi, dan gunung irau.

Bad memory bila kami buat trip ke Gunung Ledang, 3 hari sebelum naik tu, kami kehilangan seorang sahabat. Arwah sebenarnya nak join sekali naik ledang untuk first timer.. Tanpa kami ketahui arwah dan rakan2 kerja buat latihan pendakian di bukit tabur dan arwah kemalangan terjatuh dalam gaung. Kami semua terkejut, Allah maha menyanyainya tapi kami terpaksa juga meneruskan pendakian kerana semua sudah deal. Namun beberapa rakan sahabat menarik diri akibat daripada tragedi tu.. Sudahnya, Gunung Ledang (Jan2014) itu adalah yang terakhir naik dengan kawan2... Lepas tu masing2 dah abis belajar dan membawa haluan masing2.. Kita pun masa tu nak tumpukan buat thesis untuk habiskan master.. Bulan ramadhan tu "weekenders" buat program tahajut atas puncak broga.. Kami beberapa org join, naik malam turun sebelum subuh.

Panjang kan "throwback" cerita aku.. hahaha sekarang layankan gambar-gambar kenangan..

 Ni la iroh.. miss sgt ngan die nie,,
 Muka selepet ja.. aku kisah apa? haha
 Bila budak chubby hike? menangis woott
 Sempat redah sungai-sungai...
 Ni la geng2 weekenders club.. Haa perut kedepan tu la ketua dia "shamin"
 Bila kau rasa kau x larat nak naik dah... nak turun lekas!!!
 Batu Tedung..
 Mesti ada kenangan laa..
 Tu la sweeper yang pujuk2 naik atas.. nama dia "Jaa" tu ja aku ingat
 Kenangan ok!

 Tangga "menuju kejayaan" namanya
 steady boh
 Tak tau la napa bendera kedah tiba2 ada atas peak ni..


 Possing ke"maut" namanya


 Lunch gether2

 Nak turun da..yeaayy!!
 with irah,danial dan sham (classmate master)
 Ok Kami lagi 
 Bukan senang nak bgambar ngan budak sham a.k.a cam nie..haha
 nampak kurus sikit tak???
Nyata memanag kurusss!!!

So, untuk entry kali ini, aku ceritakan pengalaman pertama hiking aku ja kat bukit kutu yang ambil masa 4 jam hokeyy!!!!! Next entry aku cerita bukit-bukit, gunung-ganang yg telah berjaya di tawan.

Namun, agak kecewa sebab sekarang ni aku dah kembali ke kampung halaman (Sabah), tak sempat nak harung banyak lagi aktiviti hiking di semnanjung tu. Tapi aku bertekad untuk teruskan aktiviti hiking ni menawan bukit bukau gunung ganang di sabah ni.. Lagi banyak tempat yang baru dan best untuk di terokai.. hehe

Ok lah gaiss.. penat dah nak menaip berjela-jela ni.. kita jumpa next entry okay!!! see u soon!

Thanks sudi baca :)




No comments: