Followers

Thursday, September 19, 2013

Coret-coret 2013~

Assalamualaikum..lama tak jenguk blog nie...hmmmm takda masa nak taip panjang-panjang.. Tahun yang amat bz sangat. Sedar-sedar masa berlalu terlalu cepat, sekarang dah hampir hujung bulan 9.. OMG terlalu cepat aku rasakan.. hmmm...

Dalam beberapa waktu ni juga banyak benda yang terjadi pada aku (aku selesa istilah kan diri "aku") je.... Saat ini my sis baru lepas operate kaki peha belah kiri tadi pagi..Alhmdulillah semua berjalan dengan lancar, semoga dia cepat sembuh. Berada dalam sem yang ketiga ni pun dah rasa sekejap je. Paper tinggal satu je tapi amik jugak balik paper yg dah amik sebelum ni boleh baiki pointer tu dapat A insyaAllah.

Yang patah tumbuh hilang berganti. Selalu dengar ayat ni kan? aku terjebak dalam situasi ini... hmm sukar nak di ceritakan tapi bagi aku semua pasti ada hikmah di sebalik kejadiankan? Allah itu maha Adil, mungkin aku pernah buat salah sebelum ni dan Allah dah bagi balasannya, tapi semua orang yang pernah melakukan kesilapan ada peluang untuk memohon doa minta keampunan dam taubat selagi hayat masih ada.

Keliru dengan hati. Tanya pada hati masih mencari jawapan. Umur semakin meningkat dan niat untuk mendirikan rumah tangga tu dah ada. Cuma calon masih misteri dan still mencari yang tarbaik. Keputusan pilihan haruslah dahulukan keluarga, kalau family tak berkenan jangan diikutkan nafsu bercinta tu, mungkin ada yang lebih baik menanti di sana dan dapat membimbing kita pada masa hadapan. Yang penting restu keluarga kan? Aku tidak mengira apa pekerjaannya, siapa dia @ sebaliknya, sejujurnya aku perlukan seorang "IMAM" untuk membimbing kehidupan aku masa akan datang. Cukuplah agamanya dapat membantu aku dan keluarga aku membentuk insan yang sempurna. Amin.

Sejujurnya aku tertarik pada seorang insan ini. Tertarik dengan agama dan sifat yang ada pada dirinya. Cuma takut ingin meluahkan hasrat di hati takut kecewa di kemudian hari sebab kami dah berkawan lama. Hmmm Tak nak mengaharap takut terluka sebab ada kisah di sebaliknya.. Tabahkan hati je laa...

Harap dapat bertemu jodoh dan direstui oleh keluarga. Amin. So sekarang ni nak fokus my future study nu..dalam setahun lagi dapat lah konvo insyaAllah. Doa2kan la yer..hehehe
Ok lah..macam  setakat ni je dapat nak taip2..nak berjela-jela aku tak pandai nak mengarut sangat.. hehe. Doa-doa juga dapat jodoh dengan si DIA..hehehe Ok jumpa lagi next entry. Bye.