Followers

Monday, October 8, 2012

Kejadian KTM~

Assalamualaikum sumua..sihat tak? alhamdulillah kita masih diberi kesihatan dan keupayaan lagi untuk meneruskan hidup..ekceli, nak bercerita tentang kisah sedih sebentar tadi tika aku nak pulang ke hostel di ukm dari KL central.

Lepas dah pusing-pusing 1 kl central tu, tak tau cari apa pun juzt nak jalan-jalan tengok suasana, lepas tu singgah jap beli kepci, rasa dah lama sangat tak makan jadi bertebaran la duit aku kat kepci tu RM12.30 amek snek plate+jus twisster...haiyoooo membazir lagi aku kali ne dengan nafsu makan..huhaaaiiii Then aku pun belilah tiket ktm nak balik ukm..tunggulah dalam 5 minit then tren pun sampai, bepusu-pusu orang nak masuk sebab nak cop tempat duduk. Aku adalah orang yang berada di depan pintu nak melangkah masuk, lepas je orang kat dalam tu keluar, aku pun masuk cari port yang best, yeah nampak kerusi depan ni tak de orang then duduk melentokkan kepala kat dinding, tak lama lepas tu orang sebelah aku pun amik tempat duduk dia.

Aku pun tak lah pandang kat orang sebelah aku ni  sebabnya dari cara dia, dia macam tak duduk diam, sekejap-sekejap berdiri duduk, tak kisah la juga sebab tak mengganggu aku pun. Tetiba dia pun tanya "berapa lama nak ke seremban?" aku pun berfikir sekejap : "ade dalam setengah jam kot?" jawapan yang tidak pasti aku berikan sebab aku pun tak pernah lagi sampai kesana, main agak-agak2 je.. Lepas tu aku nampak jugak dari cermin berdepan kami tu dia keluarkan ubat-ubatan (dalam hati aku orang ni mesti tengah sakit)..aku diam je, pastu tengok dia bergerak-gerak lagi.. Kemudian dia mengeluarkan telefon dan menelefon seseorang, dengar dari bicaranya :"abang sakit sangat ne, tak boleh turun kat seremban, abg berenti kat ukm je dulu, nanti tolong abg amik kat sne"... Bederau juga darah aku dengar, dalam hati aku ni ya Allah orang ni sakit kuat, sebab tu dia tak boleh duduk diam.

Masa tu baru aku beranikan diri tanya samada dirinya ok ke tak, mana la tahan tengok orang macam tu, dari air muka dia aku dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat walaupun perlahan-lahan kami mula becerita asal usul,tanya itu dan ini, aku hanya perhatikan dia sahaja..tangan dia sekejap-kejap menggigil, jap gi dia minum air mineral. Sempat aku bertanya : "teruk ke sakit abg ne? dia pun jawap dengan senyuman: tulang belakang ne ada masalah lepas training army (kayak at sungai) jatuh kat air deras terhentak kat batu, genap setahun daa, dulu sakit tapi tak lah sakit teruk begini, sebulan dah amek cuti nak jumpa pakar. Tapi doktor cakap kena operate, kalo tak operate sakit akan bertambah dan berpanjangan, tapi kalo operate mungkin lumpuh selamanya atau mungkin ......??? (taknak cakap,sedey) dia masih boleh tersenyum. Hati aku pilu sangat masa tu taw, rasa nak meleleh air mata ni tengok ketabahan dia.

Perjalanan diteruskan dan setelah setengah jam berlalu, kami pun tiba d ukm, dia pun cepat-cepat keluar. Aku memerhati dari belakang, cara jalanan dia pun menunujukkan kesakitan dia. Aku ikut dia di belakang sebab dia berhajat berehat di surau berbaring sebentar sehingga sakit dia kurang sikit, tapi nak kesebelah tu kena menaiki tangga (lif pula dalam pembikinan taim2 begini).. Dia pun duduk, then aku suruh dia pindah ke kerusi kayu yang lebih luas di tepi tangga supaya dia dapat berbaring dengan selesa, aku memerhati sahaja dan kemudian lihat kelegaan dia dapat berbaring di situ, dia kemudian mengucapkan terima kasih dan cakap dia okey.. Berat hati nak pergi begitu sahaja kan? tapi itu sahaja yang boleh aku bantu dan aku harap dia dapat sampai ke destinasinya dengan selamat. InsyaAllah.

Hmmm..kalau difikirkan, sayangilah kesihtan kita dari sekarang, sakit tak mengenal muda atau tua. Peringtan tuk diri sendiri juga... Aku pun blah nak balik hosterl..perrghhh kalo di ikutan nek kereta 5 minit da sampai, tapi sebab nak bas, haa smapi lemau aku dalam bas nunggu siap le tidur lagi..

K laa kawan-kawan.nanti kita update lae k..saimen banyak menunggu ne nak kena siapkan minggu-minggu.. babaii....

2 comments:

hika mayra said...

huwaa...cedihnyaa...kesian org tu..

zieyla88 said...

cian kan? huhuhu